Thursday 17 April 2014

resepi kek red velvet yang enak

Assalamualaikum...

Sebenarnya dah lama dah buat kek red velvet ni tahun lepas.. hehe baru ada kesempatan nak masukkan dalam blog nie... resepi yang saya ambil dari Mr google tapi saya ada buat olahan sedikit dari segi sukatan tapi alhamdulillah menjadi... saya pakai cream cheese sedapp sangatt.. kalau cream biasa mungkin kurang menjadi/ kurang kesedapannya..

nak resepi boleh tengok akhir sekali. selamat mencuba.. ;)












Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
50 gram serbuk koko
2 sk baking powder
1 sk soda bicarbonat
1/2 sk garam

(a)
125 g mentega unslted / butter cup
250 g gula castor

(b)
2 biji telur gred b

(c)
1 sk esen vanilla
1 sk cuka
1 sb pewarna merah

(d)
1 cawan buttermilk
( campurkan 1 cawan susu segar @ susu cair dgn 1 sb cuka. biarkan selama 10 minit sebelum digunakan)

cara-cara :

1. ayak semua bahan kering - ketepikan

2. Pukul (a) sampai kembang & ringan. Masukkan (b) satu persatu dan pukul lagi. Masukkan (c) pukul hingga sebati

3. Kemudian masukkan tepung yg di selang seli dengan buttermilk- pukul hingga sebati

4. Alas gril loyang size 9 dengan baking paper. tuang adunan kek dan bakar hingga masak. Atau masukkan adunan dalam acuan cup kek sebanyak 1/2 cup sahaja dan bakar pada suhu 180c @ 15 ke 20 minit. Sejukkan dan hiaskan dengan creame cheese icing


see u later







No comments:

Post a Comment